KAMI BERSEDIA MEMBANTU ANDA

Alhamdulillah Anda Makin Segar.. Makin Sihat.. Makin Kuat.

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi Penawar dan Rahmat bagi mereka yang beriman.

Al Quran - Al-Israa : 82
PENDEKATAN RAWATAN

MESTI RAWATAN AL TAMIM

Mutiara Sunnah

Habbatus Sauda'

Hubungi Kami

Sila hubungi kami di +60182113022 (whatsapp) untuk sebarang pertanyaan berkaitan Rawatan ataupun Produk MESTI RAWATAN AL TAMIM.
Our address
No 102-103, Tingkat Bawah, Lengkok Cempaka 1, Persiaran Cempaka, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.
Get directions
Open hours
Daily 9:00 AM — 9:00 PM or by appointment. SIla PM ke no wassap Tabib Yusuff +60182113022 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Maklumat Penghantaran

Sepintas lalu
Anda boleh membeli produk kami secara 'online'. Untuk pesanan melebihi RM240 Caj Penghantaran adalah percuma untuk alamat di Semenanjung Malaysia. Kami menggunakan syarikat-syarikat kurier yang terbaik untuk memastikan pesanan anda sampai pada waktunya. Di halaman Secure Checkout, anda akan melihat keterangan produk yang dipesan, harganya dan masa penghantaran. Anda juga boleh memilih kaedah penghantaran yang lebih cepat dalam pesanan anda dengan bayaran tambahan. Waktu penerimaan produk yang dikirim tertakluk pada alamat penerima, kesediaan item, serta waktu dan hari anda mengesahkan pembelian.

Terma dan Syarat

Sila baca segala syarat-syarat dan terma dengan teliti sebelum menggunakan laman web mestirawatanaltamim.com untuk mendapatkan maklumat, membeli produk atau mendapatkan perkhidmatan dari Mesti Rawatan Al Tamim.

Polisi Pemulangan Barang & Bayaran Balik

Terima kasih kerana membeli di mestirawatanaltamim.com Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, kami sedia membantu.

TERMA DAN SYARAT

Maklumat penting berkaitan TERMA dan SYARAT menggunakan laman web pusatrawatanaltamim.com
TERMA DAN SYARAT Dengan menggunakan laman web ini, anda mengesahkan dan mengakui bahawa anda telah membaca dan mengkaji Perjanjian ini dan anda mengakui bersetuju untuk mematuhi segala terma dan syarat-syaratnya. Sekiranya anda tidak mahu terikat dengan terma dan syarat-syarat yang terdapat dalam Perjanjian ini, anda dinasihatkan untuk meninggalkan laman web dengan sewajarnya. Kami hanya mengizinkan penggunaan dan akses ke laman web ini, produk-produk yang ditawarkan di dalamnya, dan perkhidmatannya kepada mereka yang bersetuju dengan terma dan syarat-syarat kami. SEKATAN UMUR Anda mestilah berumur tidak kurang dari 18 (lapan belas) tahun untuk dibenarkan menggunakan laman web ini. Dengan melayari dan menggunakan laman web ini, anda memperakui bahawa anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan anda boleh dipertanggung-jawabkan atas Perjanjian ini secara sah. MESTI RAWATAN AL TAMIM tidak bertanggungjawab terhadap liabiliti yang berkaitan dengan penyalahgunaan umur. HARTA INTELEK Anda bersetuju dan mengakui bahawa semua bahan, produk, dan perkhidmatan yang disediakan di laman web ini adalah hak milik MESTI RAWATAN AL TAMIM, pengarahnya, pegawainya; ianya termasuklah semua hak cipta, rahsia perdagangan, tanda dagangan, paten, dan harta intelek lain. Anda juga bersetuju dan mengakui tidak akan cipta semula atau menyebarkan semula harta intelektual MESTI RAWATAN AL TAMIM dengan apa bentuk atau cara sekalipun, termasuklah secara elektronik, digital, atau lain-lain cara. MENGIZINKAN PENYIARAN Anda mengakui mengizinkan MESTI RAWATAN AL TAMIM untuk memaparkan, menggunakan, menyalin, menghantar, dan menyiarkan mana-mana kandungan yang anda muat naik ke laman web MESTI RAWATAN AL TAMIM tanpa dikenakan sebarang tuntutan royalti atau apa-apa bayaran kepada anda. AKAUN PENGGUNA Sebagai pengguna laman web ini, anda mungkin diminta untuk mendaftar dan memberikan beberapa maklumat peribadi. Anda bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan maklumat ini, dan anda juga bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan maklumat peribadi anda ini. Anda juga bertanggungjawab ke atas semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun atau kata laluan anda. Sekiranya terdapat masalah sekuriti pada akaun anda, Sila maklumkan untuk kami segera mengatasinya dengan sewajarnya. MENGHENTI ATAU MENGEDIT MESTI RAWATAN AL TAMIM berhak untuk meminda, mengedit, atau membuang mana-mana kandungan sesuatu akaun. Ini termasuklah tindakan untuk menghentikannya. MESTI RAWATAN AL TAMIM berhak membatalkan mana-mana pesanan produk atau perkhidmatan mengikut budi bicara MESTI RAWATAN AL TAMIM. PERTIKAIAN DAN UNDANG-UNDANG Dengan mengunjungi laman web ini, anda bersetuju dan mengakui bahawa sebarang pertikaian yang mungkin tercetus berkaitan dengan laman web ini atau produk yang anda beli dari MESTI RAWATAN AL TAMIM atau apa-apa masalah yang mungkin timbul antara anda dan MESTI RAWATAN AL TAMIM, atau rakan niaga dan rakan sekutunya, akan diselesaikan mengikut undang-undang yang dipraktikkan di Malaysia. GANTIRUGI Anda bersetuju untuk mengganti rugi MESTI RAWATAN AL TAMIM atau sekutunya, di atas penyalahgunaan maklumat, produk dan/atau perkhidmatan yang diperolehi dari MESTI RAWATAN AL TAMIM. Anda memperakui MESTI RAWATAN AL TAMIM kebal terhadap tuntutan undang-undang yang timbul akibat dari penyalahgunaan produk atau/dan perkhidmatan oleh anda. Sekiranya timbul pertikaian Kami berhak memilih penasihat undang-undang kami sendiri. BATASAN TANGGUNGJAWAB MESTI RAWATAN AL TAMIM tidak bertanggung jawab atas kerosakan yang mungkin berlaku kepada anda akibat penyalahgunaan laman web kami atau penyalahgunaan produk kami atau penyalahgunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MESTI RAWATAN AL TAMIM PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT Mesti Rawatan Al Tamim berhak untuk mengedit, meminda dan mengubah Perjanjian ini pada bila-bila masa bila diperlukan. Kami akan memberitahu pengguna mengenai perubahan ini melalui email. Perjanjian ini merupakan pengakuan persetujan dan persefahanan antara pengguna dan MESTI RAWATAN AL TAMIM. Ianya meminda dan menggantikan semua perjanjian yang ada sebelumnya mengenai terma serta syarat-syarat penggunaan laman web ini.

MAKLUMAT PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Produk (dan beberapa perkhidmatan) yang ditawarkan di Laman web ini turut terdapat di outlet-outlet terpilih. Namun, harga dan stok yang dipaparkan mungkin tidak sama. Stok produk dan harga yang ditawarkan di outlet-outlet mungkin berbeza-beza. Harga dan stok boleh berubah tanpa notis. Kami berusaha memaparkan gambar produk yang ditunjukkan dengan tepat: namun, atas sebab-sebab teknikal mungkin terdapat perbezaan. Kami tidak bertanggungjawab untuk perbezaan fotografi dari segi ukuran, bentuk dan warna produk. Pengesahan penerimaan pesanan merupakan pengakuan bahawa kami telah menerima pesanan anda. Ianya bukan merupakan tawaran untuk menjual seperti yang anda pesan. Kami berhak untuk meminda atau membatasi kuantiti barang yang dijual, atau menghentikan penjualan.

Polisi Pemulangan Barang & Bayaran Balik

Anda mempunyai 10 hari untuk mengembalikan barang yang anda beli bermula dari tarikh anda menerimanya. Untuk melayakkan Bayaran Balik, pembeli hendaklah menepati 3 syarat berikut: (1) Barang yang dipulangkan berada dalam keadaan asal (tiada sebarang tanda bahawa ianya digunakan) (2) Barang dikembalikan dalam bungkusan @ kotak asal. (3) Pembeli perlu mengemukakan resit atau bukti pembelian. BAYARAN BALIK Kami akan memeriksa barang yang dikembalikan dan segera memaklumkan kepada pembeli status pembayaran balik berdasarkan sejauh mana proses pengembalian menepati syarat (1), (2) dan (3) di atas. Sekiranya pengembalian item menepati syarat (1), (2) dan (3) di atas, kami akan membuat pembayaran balik melalui kaedah asal pembelian item yang dikembalikan, dalam tempoh tidak melebihi 10 hari bekerja. NOTA Kos penghantaran untuk mengembalikan barangan ditanggung oleh pembeli. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berkaitan Polisi Pemulangan Barang & Bayaran Balik, sila hubungi kami di admin@mestirawatanaltamim.com

DISCLAIMER

Maklumat yang terdapat dalam web ini hanyalah sebagai perkongsian maklumat dan pengetahuan dan tidak boleh digunakan sebagai pengganti nasihat pengamal kesihatan berlesen. Produk yang ditawarkan tidak bertujuan untuk mendiagnosis, menyembuhkan, mencegah atau merawat penyakit tetapi terbukti berguna untuk menjadikan anda lebih segar, sihat dan kuat. Kami mengesyorkan agar anda sedapat mungkin untuk berunding dan mendapatkan nasihat dari pengamal perubatan berlesen tempatan. The information you receive is for informational purposes only and should not in any way be used as a substitute for the advice of a physician or other licensed health care practitioner. The products discussed are not intended to diagnose, cure, prevent or treat any disease but are proven useful for a fresher, stronger and healthier you. We always recommend when and wherever possible that you consult local healthcare professionals.