MADU KELULUT SURI MUDA
+5
+4
+3
+2

MADU KELULUT SURI MUDA

Home/Kedai
RM120.00
In stock
Share this product with your friends
ShareSharePin it
Product Details

Madu Kelulut SURI MUDA Rawat Lazat yang diperkaya dengan

Ekstrak ALGAE, GAMAT, Habbatus Sauda, Zafaran dan ULTRA POTENT Extract KACIP FATIMAH (1:100X with 0.3-0.8% Gallic Acid Bio-active Phytonutrient) Dapatkan hari ini untuk ANDA jadi makin BERSERI makin BERGELORA.

KACIP FATIMAH Labisia pumila

Scientific Name(s): L. pumila var. pumila., L. pumila var.alata (Scheff.) Mez., L. pumila var. lanceolata (Scheff.) Mez., Labisia pumila Benth. & Hook. f.

Common Name(s): Kacip fatimah, Selusuh fatimah

KHASIAT DAN KEISTIMEWAAN KACIP FATIMAH

1. MENJAGA KESIHATAN SISTEM REPRODUKSI WANITA

Sejak zaman nenek moyang dahulu, kacip fatimah digunakan secara tradisional untuk menjaga kesihatan sistem peranakan wanita. Sistem peranakan yang sihat adalah penting bagi memastikan kesuburan serta kesihatan wanita. Kehadiran flavonoid dan asid fenolik yang tinggi dalam kacip Fatimah membantu system peranakan wanita dan diperakui secara saintifik melalui pelbagai kajian dan penyelidikan.

2. UNTUK WANITA LEPAS BERPANTANG

Amalan tradisi wanita di Malaysia akan berpantang setiap kali selepas bersalin. Kacip fatimah merupakan salah satu tumbuhan yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau dipanggil sebagai jamu untuk penjagaan tubuh wanita yang sedang berpantang. Kacip fatimah membantu tubuh wanita kembali segar dan cergas seperti sedia kala. Kandungan antioksidan dan sebatian bioaktifnya membantu memberikan kecergasan. Menurut kajian kacip fatimah mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi yang bagus untuk kesihatan. Terdapat pelbagai sebatian bioaktif yang bermanfaat di dalam Kacip Fatimah seperti quercetin, myricetin, kaempferol, catechin, epigallocatechin dan asid fenolik.

3. MEMBERIKAN TENAGA

Kacip fatimah membantu memberikan tenaga kepada kaum wanita. Jika anda kepenatan dan berasa lesu, meminum air rebusan akar fatimah adalah sangat membantu.

4. MEMPERBAIKI FUNGSI SEKSUAL WANITA

Air rebusan akar fatimah berfungsi meningkatkan fungsi seksual dan mengelakkan masalah mati putik dan kekeringan. Analisis ke atas akar kacip fatimah mendapati bahan aktif yang meningkatkan fungsi seksual wanita ini ialah demethylbelamcandaquinone B, fatimahol dan dexyloprimulanin.

5. MENGETATKAN BAHAGIAN INTIM

Kacip fatimah menjadi kegilaan kaum wanita kerana fungsinya mengetatkan bahagian intim. Wanita bersalin atau yang sudah berusia pastinya inginkan kesan ini bagi memastikan kesejahteraan rumah tangga.

6. MENGURANGKAN GEJALA MENAUPAUS

Wanita yang sudah menaupaus biasanya mengalami gejala menaupaus yang sangat mengganggu urusan seharian. Menurut kajian sains, kacip fatimah kaya dengan “phytoestrogen” dan “isoflavones” yang mampu mengurangkan gejala menaupaus .

7. MEMUDAHKAN PROSES BERSALIN

Secara tradisional, rebusan akar kacip Fatimah di jadikan air selusuh untuk memudahkan proses bersalin. Caranya, minum air rendaman kacip fatimah apabilaberasa sakit nak bersalin. Anda tidak perlu minum dengan kuantiti yang banyak, seteguk dua sudah memadai. Ini adalah petua orang lama yang terbukti berkesan.

8. MEREDAKAN SAKIT PERUT BAYI

Jika bayi anda menangis secara berterusan sambil memegang perut atau perutnya kelihatan keras dan buncit akibat kembung, kacip fatimah boleh membantu. Bahan-bahan dan caranya adalah seperti berikut: Anda memerlukan sedikit daun kacip fatimah dan minyak kelapa dara. Hancurkan daun kacip fatimah dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi minyak kelapa dara dan ramaslah sehingga sebati.

Tampal bahan tadi ke perut bayi anda dan biarkan sehingga kering. Insya Allah sakit perut bayi anda akan hilang.

9. MEMBETULKAN KITARAN HAID

Mengamalkan minuman air rebusan akar kacip fatimah secara konsisten membantu menstabilkan masalah kitaran haid yang tidak normal. Bahan-bahan dan petuanya adalah seperti berikut: Ambil sedikit akar kacip fatimah dan beberapa biji manjakani

Rebus sehingga mendidih. Tutup api, masukkan sedikit madu untuk menghilangkan rasa pahit. Minum satu cawan setiap pagi.

10. MELEGAKAN SENGGUGUT

Meminum air rebusan akar kacip fatimah dan manjakani sangat-sangat membantu wanita mengatasi masalah senggugut.

11. MENGURANGKAN SAKIT SENDI

Kacip fatimah mengurangkan sakit sendi yang biasanya kerap dialami oleh mereka yang berumur. Minum air rebusan Kacip Fatmiah untuk mengurangkan masalah sakit sendi yang anda alami.

12. MENGATASI PENYAKIT GONOREA

Gonorea adalah sejenis penyakit kelamin yang selalunya dijangkiti oleh mereka yang melakukan seks bebas dan kerap bertukar-tukar pasangan.

Hasil beberapa kajian mendapati terdapat sebatian seperti epoxyoleanane glikosida, alkenated fenolik, cerebroside dan glycerogalactolipid di dalam kacip Fatimah yang memberi kesan antibakteria yang sangat baik.

13. MENEGANGKAN OTOT ABDOMEN

Kebiasaannya wanita yang baru lepas bersalin akan mengalami masalah perut kendur dan menggelebeh. Ini berlaku kerana otot abdomen menjadi lemah. Mengambil kacip fatimah secara konsisten terbukti mampu menegangkan kembali otot abdomen anda yang longgar dan menggelebeh.

14. MENGATASI KEPUTIHAN

Anda ada masalah keputihan? Kacip fatimah boleh membantu. Keputihan biasanya disebabkan gangguan pH dalam sistem peranakan wanita atau serangan kulat Candida. Sebatian bioaktif yang terkandung dalam kacip fatimah sememangnya terbukti untuk menjadi agen antimikrob yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah ini.

15. MERAWAT CIRIT-BIRIT

Khasiat kacip fatimah yang seterusnya sebagai penawar kepada diarea cirit-birit. Ambil daun kacip fatimah sebagai ulam.

Show More
Save this product for later
MADU KELULUT SURI MUDA
Home/Kedai
You May Also Like
MADU KELULUT GAGAH MUDA
MADU KELULUT GAGAH MUDA
MADU KELULUT GAGAH MUDA
RM120.00
  • My Account
  • Track Orders
  • Favorites
  • Beg membeli-belah
Display prices in:MYR
Skip to main content
Menu
Close
mestirawatanaltamim.com
+60182113022admin@mestirawatanaltamim.com
© 2021 MESTI RAWATAN AL TAMIM SDN BHD
Report abuse
Made with Ecwid by Lightspeed